Pages

Zarina Anjoulie Jadi Wanita ‘Gedik’

Posted by Adam Sahaja on Saturday 7 January 2012

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tidak pernah merasakan ada penerbit filem atau drama di negara ini cuba mengeksploitasi dirinya gara-gara cerita panas yang melandanya.

Zarina berkata, setiap tawaran berlakon yang diterima adalah keputusannya sendiri asalkan watak yang diberikan bersesuaian.

“Seperti drama muzikal Kampus, walaupun watak saya sebagai wanita gedik, saya terima kerana belum pernah memegang peranan sebegitu.



“Tidak timbul isu saya dieksploitasi kerana nama ‘Zarina’ itu telah sinonim dengan ‘seksi’ dan ‘nakal’. Saya langsung tiada masalah dengan perkara itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media drama muzikal Kampus di sini, Khamis.

Tambahnya, dia percaya setiap tawaran yang diberikan kepadanya adalah kerana kepercayaan penerbit dan pengarah filem terhadap bakat yang dimiliki dan bukan kerana cerita kurang enak tentangnya.



PROFIL:

NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul
KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish
TARIKH LAHIR: 9 September 1987
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik


sumber : http://www.adamfikri.com

{ 0 Komen... read them below or add one }