Pages

Zarina Anjoulie Jadi Wanita ‘Gedik’

Posted by Adam Sahaja on Saturday 7 January 2012

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tidak pernah merasakan ada penerbit filem atau drama di negara ini cuba mengeksploitasi dirinya gara-gara cerita panas yang melandanya.

Zarina berkata, setiap tawaran berlakon yang diterima adalah keputusannya sendiri asalkan watak yang diberikan bersesuaian.

“Seperti drama muzikal Kampus, walaupun watak saya sebagai wanita gedik, saya terima kerana belum pernah memegang peranan sebegitu.



“Tidak timbul isu saya dieksploitasi kerana nama ‘Zarina’ itu telah sinonim dengan ‘seksi’ dan ‘nakal’. Saya langsung tiada masalah dengan perkara itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media drama muzikal Kampus di sini, Khamis.

Tambahnya, dia percaya setiap tawaran yang diberikan kepadanya adalah kerana kepercayaan penerbit dan pengarah filem terhadap bakat yang dimiliki dan bukan kerana cerita kurang enak tentangnya.



PROFIL:

NAMA PENUH: Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul
KETURUNAN: Melayu, Iran dan Scottish
TARIKH LAHIR: 9 September 1987
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Pelakon dan model
AKADEMIK: Diploma Broadcasting & A Levels Law and Business
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak kelima dari lapan beradik


sumber : http://www.adamfikri.com

Keputusan perlawanan liga itali siri B 6 dan 7 januari

Posted by Adam Sahaja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. bagi mereka yang mengikuti perlawanan liga itali siri B, berikut adalah keputusan perlawanan 6 dan 7 januari 2012.

6 januari 2012

Gubbio            2 – 2      Bari
Brescia           3 – 0     Crotone
Ascoli             0 – 2      Padova
Nocerina         2 – 4      Pescara
Cittadella        2 – 1     Empoli
Sassuolo        2 – 1     Juve Stabia
Sampdoria      0 – 1      Varese
Vicenza          0 – 0      Reggina
Torino            0 – 0      AlbinoLeffe

7 Januari 2012


Hellas Verona 2 – 1 Modena

sekiranya anda ingin menonton sebarang perlawanan bola sepak secara online, anda boleh melakukan pekara demikian dengan menonton melalui live stream menggunakan pautan di bawah
Free online live stream
dan sekiranya anda ingin mengetahui jadual dan juga keputusan terkini serta kedudukan, anda boleh melakukan demikian dengan menggunakan pautan di bawah
Result and fixture
Sumber : adamfikri.com 

7 pekara unik tentang Izara Aisyah

Posted by Afiz Vox

Izara Aishah. Memang orangnya secantik nama. Sejak menjadi naib johan Dewi Remaja 2010, populariti Izara meningkat naik seperti roket terbang ke bulan. Sebenarnya, ada 7 perkara yang berkemungkinan besar anda tidak tahu tentang insan yang bernama Izara Aishah ini:-


1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti. Hehehe.
 
4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta. Hehehe.


5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah.



sumber : http://www.adamfikri.com

Fasha Sandha & Jejai Bakal Naik Pelamin Mac 2012

Posted by Afiz Vox on Wednesday 21 December 2011

Bagai tidak sah jika satu tahun berlalu tanpa ada khabar angin mengatakan aktress sensasi Malaysia, Fasha Sandha bakal menamatkan zaman bujang.