Fasha Sandha yang semakin hari semakin mengecap populariti menerusi barisan drama bersiri dan yang baru habis tayangan Cinta Elysa akan muncul dengan Dari Kerna Mata tidak lama lagi.
Satu kiriman gambar dari seorang kenalan yang rapat Fasha Sandha beserta informasi yang didakwa sebagai sahih.
Gambar Fasha Sandha yang dikatakan sedang mencuba persalinan pengantin beliau selepas ini. Mungkinkah ini salah satu gaun pengantin yang bakal dikenakan Fasha Sandha nanti?
Sumber yang kini sedang terlibat secara langsung dengan persiapan perkahwinan Fasha Sandha berkata aktress ini sedang bahagia untuk bergelar isteri kepada Rizal Ashram (Jejai) tahun hadapan.
Perkahwinan Fasha Sandha& Rizal Ashram dikhabarkan bakal berlangsung sekitar tarikh jatuhnya ulangtahun kelahiran si gadis itu 28 Mac 2012 - tetapi ianya jatuh pada hari Rabu.
Mungkinkah dibawa ke hujung minggu seperti mana majlis perkahwinan biasa yang lain. Common sense.

{ 0 Komen... read them below or add one }
Post a Comment