Pages

Miera Liyana & Shahz Jaszle bakal bertunang akhir tahun ini

Posted by Afiz Vox on Wednesday 12 October 2011




Ahad lalu ketika anda semua enak melayani hujung minggu, Harian Metro ada melaporkan desas desus mengatakan pasangan muda Miera Liyana & Shahz Jaszle bakal bertunang.

Bercakap kepada wartawan kami, Miera Liyana yang sedang menjalani penggambaran sebuah telemovie mengesahkan berita yang di sampaikan itu.

Namun, beliau sendiri tidak pasti bilakah Shahz Jaszle akan melaksanakan niat beliau itu walaupun sudah meyatakan niat murni itu kepada  Miera Liyana.

Shahz Jaszle yang turut berlakon dalam telemovie tersebut bersama Miera Liyana turut mengesahkan niat beliau namun menyerah segalanya kepada takdir & ketentuan.

Sementara kami bersembang dengan Shahz Jaszle, terpacul dari mulut jejaka ini yang beliau merancang untuk mengambil kursus pendek dalam bidang perfileman di Australia.

Jika tiada arla melintang, aktor yang sering dikaitkan dengan jelitawan ini akan terbang ke Australia bulan hadapan demi memantapkan pengetahuan dalam ilmu perfileman & lakonan.

Pasangan ini sepakat untuk merealisasikan majlis pertunangan mereka sebelum akhir tahun ini jika ada rezeki kerana menurut Miera Liyana, walaupun umur masih 18 tahun, beliau sudah bersedia untuk memberikan komitmen yang penuh.

{ 0 Komen... read them below or add one }